Tuesday, September 25, 2012

Sayangkan anak dgn amalan doa..


Ajaibnya Doa

Petikan dari kuliah Ustaz Rifqi Bin Myiddin,

Allah boleh uji manusia dgn berbagai jenis ujian spt sakit,miskin dan mendapat anak2 yg bermaslah..tp lebih baik mendapat ujian penyakit atau kemiskinan kerana org ramai akan kasihan pada kita, tetapi cuba bayangkan kalau kita diuji mendapat anak yg terlibat dgn zina..nauzubillah..ada ke org kesian?malah mencaci kita..jangan kata ibu bapa alim anak xmungkin terlibat dgn zina..cuba tgk siapa ibu bapa kepada penghuni di Raudatus sakinah ? kebanyakan mereka adalah yg berkopiah, muka alim..ttp kita kan tahu iman tidak dapat diwarisi..jadi, kesimpulannya masalah zina ini sgt serius pada zaman sekarang..kepada ibu bapa, tlg amalkan doa yg dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada seorang pemuda yg dtg kepada baginda meminta izin untuk berzina..Berkat doa Rasulullah SAW, pemuda itu menjadi seorang yang amat benci kepada maksiat zina.

Amalkan doa ini kepada anak-anak yg masih kecil atau ketika menghantar anak2 menyambung pelajaran ke asrama/ luar negara.. Sesungguhnya kepada Allah kita berserah. Semoga anak2 kita dijaga oleh Allah daripada maksiat terkutuk ini.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265


Satu lagi nk pesan untuk diri / org lain, kalau berjumpa dgn org alim ulama, bawa anak jumpa mereka dan mintak mereka doakan anak kita. InsyaAllah berkat doa org alim ini, anak kita akan jadi soleh/solehah..

No comments:

Post a Comment