Petikan
dari buku “ 40 kisah motivasi Ajaibnya Doa” – Ustaz Rifqi Bin Myiddin &
Ustaz Mohammad Subki Bin Abdul Rahman Al-Hafiz
Bhg 1 : Tips doa makbul
1.) Memelihara sumber
rezeki seperti makanan, minuman, pakaian daripada sumber yg haram
Saya petik satu kisah yg
diceritakan oleh ustaz Rifqi dalam kuliah Maghrib, sahabat beliau seorang ustaz
pengamal perubatan sangat menjaga makanan kerana seseorang yang menajga
makanan, doanya mustajab..untuk seorang pengamal perubatan, amatla penting
untuk menaga makanan supaya doa yg dibaca untuk pesakit mustajab..kisanhya,
ustaz ini tidak makan ayam / daging di kedai2 atau majlis2 kerana tidak pasti
kehalalannya..beliau hanya makan ayam yg disembelih dan diproses
sendiri..berkat dari menjaga makanan, beliau berjaya mengubati seorang pesakit
aids..umum tahu, bahawa sehingga arini tiada ubat untuk penyakit aids..lihat,
ajaibnya doa yg digunakan dgn ayat-ayat Al-Quran dan dari seorang yg amat
menjaga makan..
2. ) Bersungguh-sungguh
dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan
Satu kisah di suatu kampung, pak imam menjemput semua org kampung untuk berpuasa
dan solat sunat Istisqa’ Minta Hujan
pada hari jumaat. Maka, sampai disuatu rumah seorang anak kecil keluar
mengatakan ayahnya tiada dirumah. Pak Imam berpesan kepada anak kecil itu ttg
hajatnya supaya disampaikan kepada ayahnya.Setelah ayahnya pulang, disampaikan
pesan itu. Maka tiba hari Jumaat, anak kecil itu berkata kepada ayahnya
Anak : Ayah, saya nak ikut
Ayah : Boleh.Jom
Anak : Apa itu solat Istisqa’ ?
Ayah : Solat sunat mintak hujan.
Anak : Kalau kita solat itu,
hujan akan turun?
Ayah : InsyaAllah hujan turun.
Maka kedua beranak itu menaiki
motor menuju kepadang untuk solat sunat. Sampai dipertengahan jalan, anak itu
berkata kepada ayahnya:-
Anak : Saya nak pulang kerumah sebentar
Ayah : Kenapa?
Anak : Saya nak ambil payung sebab
kalau hujan turun nanti kita tidak boleh balik.
Maka mereka menuju ke padang. Sesudah solat sunat, hujan turun
dengan lebatnya. Tiada seorang pon membawa payung ketika itu. Hanya budak kecil
itu. Pak Imam berkata dlm hati; Alhamdulillah, berkat doa aku.
Pada malam hari, Imam bermimpi
bahawa sesungguhnya hujan turun bukan disebabkan doa Imam tetapi kerana keyakinan
budak kecil kepada Allah bahawa hujan akan turun dengan melakukan solat sunat
itu.
No comments:
Post a Comment