Tuesday, September 25, 2012

Bhg 1 : Tips doa makbul


Petikan dari buku “ 40 kisah motivasi Ajaibnya Doa” – Ustaz Rifqi Bin Myiddin & Ustaz Mohammad Subki Bin Abdul Rahman Al-Hafiz

Bhg 1 : Tips doa makbul

1.) Memelihara sumber rezeki seperti makanan, minuman, pakaian daripada sumber yg haram

Saya petik satu kisah yg diceritakan oleh ustaz Rifqi dalam kuliah Maghrib, sahabat beliau seorang ustaz pengamal perubatan sangat menjaga makanan kerana seseorang yang menajga makanan, doanya mustajab..untuk seorang pengamal perubatan, amatla penting untuk menaga makanan supaya doa yg dibaca untuk pesakit mustajab..kisanhya, ustaz ini tidak makan ayam / daging di kedai2 atau majlis2 kerana tidak pasti kehalalannya..beliau hanya makan ayam yg disembelih dan diproses sendiri..berkat dari menjaga makanan, beliau berjaya mengubati seorang pesakit aids..umum tahu, bahawa sehingga arini tiada ubat untuk penyakit aids..lihat, ajaibnya doa yg digunakan dgn ayat-ayat Al-Quran dan dari seorang yg amat menjaga makan..

2. ) Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan

Satu kisah di suatu kampung, pak imam menjemput semua org kampung untuk berpuasa dan solat sunat Istisqa’ Minta Hujan pada hari jumaat. Maka, sampai disuatu rumah seorang anak kecil keluar mengatakan ayahnya tiada dirumah. Pak Imam berpesan kepada anak kecil itu ttg hajatnya supaya disampaikan kepada ayahnya.Setelah ayahnya pulang, disampaikan pesan itu. Maka tiba hari Jumaat, anak kecil itu berkata kepada ayahnya

Anak : Ayah, saya nak ikut

Ayah : Boleh.Jom

Anak : Apa itu solat Istisqa’ ?

Ayah : Solat sunat mintak hujan.

Anak : Kalau kita solat itu, hujan akan turun?

Ayah : InsyaAllah hujan turun.

 

Maka kedua beranak itu menaiki motor menuju kepadang untuk solat sunat. Sampai dipertengahan jalan, anak itu berkata kepada ayahnya:-

 

Anak :  Saya nak pulang kerumah sebentar

Ayah : Kenapa?

Anak : Saya nak ambil payung sebab kalau hujan turun nanti kita tidak boleh balik.

 Maka mereka menuju ke padang. Sesudah solat sunat, hujan turun dengan lebatnya. Tiada seorang pon membawa payung ketika itu. Hanya budak kecil itu. Pak Imam berkata dlm hati; Alhamdulillah, berkat doa aku.

Pada malam hari, Imam bermimpi bahawa sesungguhnya hujan turun bukan disebabkan doa Imam tetapi kerana keyakinan budak kecil kepada Allah bahawa hujan akan turun dengan melakukan solat sunat itu.



Sayangkan anak dgn amalan doa..


Ajaibnya Doa

Petikan dari kuliah Ustaz Rifqi Bin Myiddin,

Allah boleh uji manusia dgn berbagai jenis ujian spt sakit,miskin dan mendapat anak2 yg bermaslah..tp lebih baik mendapat ujian penyakit atau kemiskinan kerana org ramai akan kasihan pada kita, tetapi cuba bayangkan kalau kita diuji mendapat anak yg terlibat dgn zina..nauzubillah..ada ke org kesian?malah mencaci kita..jangan kata ibu bapa alim anak xmungkin terlibat dgn zina..cuba tgk siapa ibu bapa kepada penghuni di Raudatus sakinah ? kebanyakan mereka adalah yg berkopiah, muka alim..ttp kita kan tahu iman tidak dapat diwarisi..jadi, kesimpulannya masalah zina ini sgt serius pada zaman sekarang..kepada ibu bapa, tlg amalkan doa yg dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada seorang pemuda yg dtg kepada baginda meminta izin untuk berzina..Berkat doa Rasulullah SAW, pemuda itu menjadi seorang yang amat benci kepada maksiat zina.

Amalkan doa ini kepada anak-anak yg masih kecil atau ketika menghantar anak2 menyambung pelajaran ke asrama/ luar negara.. Sesungguhnya kepada Allah kita berserah. Semoga anak2 kita dijaga oleh Allah daripada maksiat terkutuk ini.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265


Satu lagi nk pesan untuk diri / org lain, kalau berjumpa dgn org alim ulama, bawa anak jumpa mereka dan mintak mereka doakan anak kita. InsyaAllah berkat doa org alim ini, anak kita akan jadi soleh/solehah..